Oct 25, 2013

hello Mr. Perfect

hurmmm who that person Mr Perfect?? ofcos la someone yang telah berjaya mencuri hati admin yang dah keras kematu dengan lelaki ni..ops, kematu la sgt kan..

ok2....takde yg trlalu perfect sgt pun sal lelaki ni... he's very simple person yang sgt menarik admin kepada dy..mula2 mmg la admin nak kwn jew..bese la kwn satu kampus la katakan tpi dah lama2 entah mcm mne la pulak admin boleh terjatuh hati pulak dgn si dy ni..

ha!!! lg satu Mr. Perfect yg admin suka sgt sal dy sebab dy ni salalu sgt menguji kesabaran tau!!! eeeeeeee kadang2 rasa mcm nk penyepak jela muka dy tp tak brani la pulak..brani ckp jela..hahahaha'
dah malam2 mcm ni best pulak layan lagu jiwang zaman dulu2 "teratai layu ditasik madu" lg tau...hehehehe'

LOVE YOU MR. PERFECT!!!!! (doubleA) kelassss gitu tauuuuuuu... "-"

Oct 21, 2013

10 tanda dia adalah jodoh kita

1. Bersahaja
Kekasih kita itu bersikap bersahaja dan tidak berlakon. Cuba perhatikan cara dia berpakaian, cara percakapan, cara ketawa serta cara makan dan minum. Adakah ia spontan dan tidak dikawal ataupun kelihatan pelik.

Kalau ia nampak kurang selesa dengan gayanya, sah dia sedang berlakon. Kadang-kadang, kita dapat mengesan yang dia sedang berlakon. Tetapi, apabila dia tampil bersahaja dan tidak dibuat-buat, maka dia adalah calon hidup kita yang sesuai. Jika tidak, dia mungkin bukan jodoh kita.

2. Senang atau selesa bersama
Walaupun kita selalu bersamanya, tidak ada sedikit pun perasaan bosan, jemu ataupun tertekan pada diri kita. Semakin hari semakin sayang kepadanya. Kita sentiasa tenang, gembira dan dia menjadi pengubat kedukaan kita.

Dia juga merasainya. Rasa senang sekali apabila bersama. Apabila berjauhan, terasa sedikit tekanan dan rasa ingin berjumpa dengannya. Tidak kira siang ataupun malam, ketiadaannya terasa sedikit kehilangan.

3. Terima kita seadanya
Apapun kisah silam yang pernah kita lakukan, dia tidak ambil peduli. Mungkin dia tahu perpisahan dengan bekas kekasihnya sebelum ini kita yang mulakan.

Dia juga tidak mengambil kisah siapa kita sebelum ini. Yang penting, siapa kita sekarang. Biarpun dia tahu yang kita pernah mempunyai kekasih sebelumnya, dia tidak ambil hati langsung. Yang dia tahu, kita adalah miliknya kini.

Dia juga sedia berkongsi kisah silamnya. Tidak perlu menyimpan rahsia apabila dia sudah bersedia menjadi pasangan hidup kita.

4. Sentiasa jujur
Dia tidak kisah apa yang kita lakukan asalkan tidak menyalahi hukum hakam agama. Sikap jujur yang dipamerkan menarik hati kita. Kejujuran bukan perkara yang boleh dilakonkan. Kita dapat mengesyaki sesuatu apabila dia menipu kita.

Selagi kejujuran bertakhta di hatinya, kebahagiaan menjadi milik kita. Apabila berjauhan, kejujuran menjadi faktor paling penting bagi suatu hubungan.

Apabila dia tidak jujur, sukar baginya mengelak daripada berlaku curang kepada kita. Apabila dia jujur, semakin hangat lagi hubungan cinta kita. Kejujuran yang disulami dengan kesetiaan membuahkan percintaan yang sejati. Jadi, dialah sebaik-baik pilihan.

5. Percaya Mempercayai
Setiap orang mempunyai rahsia tersendiri. Adakalanya rahsia ini perlu dikongsi supaya dapat mengurangkan beban yang ditanggung.

Apabila kita mempunyai rahsia dan ingin memberitahu kekasih, adakah rahsia kita selamat di tangannya? Bagi mereka yang berjodoh, sifat saling percaya mempercayai antara satu sama lain timbul dari dalam hati nurani mereka.

Mereka rasa selamat apabila memberitahu rahsia-rahsia kepada kekasihnya berbanding rakan-rakan yang lain. Satu lagi, kita tidak berahsia apa pun kepadanya dan kita pasti rahsia kita selamat. Bukti cinta sejati adalah melalui kepercayaan dan kejujuran. Bahagialah individu yang memperoleh kedua-duanya.

6. Senang Bekerjasama
Bagi kita yang inginkan hubungan cinta berjaya dan kekal dalam jangka masa yang panjang, kita dan dia perlu saling bekerjasama melalui hidup ini. Kita dan kekasih perlu memberi kerjasama melakukan suatu perkara sama ada perkara remeh ataupun sukar.

Segala kerja yang dilakukan perlulah ikhlas bagi membantu pasangan dan meringankan tugas masing-masing. Perkara paling penting, kita dan dia dapat melalui semua ini dengan melakukannya bersama-sama.

Kita dan dia juga dapat melakukan semuanya tanpa memerlukan orang lain dan kita senang melakukannya bersama. Ini penting kerana ia mempengaruhi kehidupan kita pada masa hadapan.

Jika tiada kerjasama, sukar bagi kita hidup bersamanya. Ini kerana, kita yang memikul beban tanggungjawab seratus peratus. Bukankah ini menyusahkan?

7. Memahami diri kita
Bagi pasangan yang berjodoh, dia mestilah memahami diri pasangannya. Semasa kita sakit dia bawa ke klinik. Semasa kita berduka, dia menjadi penghibur. Apabila kita mengalami kesusahan, dia menjadi pembantu. Di kala kita sedang berleter, dia menjadi pendengar.

Dia selalu bersama kita dalam sebarang situasi. Tidak kira kita sedang gembira ataupun berduka, dia sentiasa ada untuk kita.

Dia juga bersedia mengalami pasang surut dalam percintaan. Kata orang, ‘lidah sendiri lagikan tergigit, inikan pula suami isteri’. Pepatah ini juga sesuai bagi pasangan kekasih.

Apabila dia sentiasa bersama kita melalui hidup ini di kala suka dan duka, di saat senang dan susah, dialah calon yang sesuai menjadi pasangan hidup kita.

8. Tampilkan kelemahan
Tiada siapa yang sempurna di dunia. Tipulah jika ada orang yang mengaku dia insan yang sempurna daripada segala sudut.Pasti di kalangan kita memiliki kelemahan dan keburukan tertentu. Bagi dia yang bersedia menjadi teman hidup kita, dia tidak terlalu menyimpan rahsia kelemahannya dan bersedia memberitahu kita.Sudah tentu bukan senang untuk memberitahu dan mengakui kelemahan di hadapan kekasihnya. Malah, dia tidak segan mempamerkan keburukannya kepada kita.

Misalnya, apabila dia bangun tidur ataupun sakit dan tidak mandi dua hari, dia tidak menghalang kita daripada melawatnya. Apabila kita dan dia saling menerima kelemahan dan sifat buruk masing-masing, memang ditakdirkan kita hidup bersamanya.

9. Kata hati
Dengarlah kata hati. Kadangkala, manusia dikurniakan Tuhan deria keenam yang dapat mengetahui dan memahami perasaan pasangannya.Dengan deria batin ini juga kita dapat saling tahu perasaan masing-masing. Kita dan dia juga dapat membaca fikiran antara satu sama lain dan dapat menduga reaksi dan tindak balas pada situasi tertentu.

Apabila kita yakin dengan pilihan hidup kita, tanyalah sekali lagi. Adakah dia ditakdirkan untuk kita? Dengarlah kata hati dan buatlah pilihan. Serahlah segalanya pada ketentuan yang maha berkuasa.

10. Mimpi
Jodoh dan pertemuan semuanya di tangan Tuhan. Manusia hanya perancang di pentas dunia ini dan skripnya ditulis oleh yang maha esa. Adakalanya, dalam memainkan peranan sebagai pelakon, diberi petunjuk melalui mimpi.Mimpi memang mainan tidur, tetapi apabila kita melakukan sembahyang Istikharah dan memohon supaya Tuhan memberikan petunjuk, insya-Allah dengan izinnya kita mendapat mimpi petunjuk. Jika dia pilihan kita, buatlah keputusan sebaiknya.

Jika tidak, tolaklah dia dengan baik. Semua yang kita lakukan ini adalah bagi mendapatkan kebahagiaan hidup di dunia. Ingatlah, nikmat di dunia ini hanya sementara. Nikmat di akhirat adalah kekal selamanya.

Fikirkanlah. Adakah dia jodoh kita..?


“ Manusia merancang, Allah menentukan..”

Dec 27, 2012

aku tak pernah kisah dgn ape yg org nk ckp fasal diri aku.. sbb aku masih lagi sedar sape diri aku..so, watpe aku nk heran dgn ape yang org cakap fasal diri aku.. aku tak kisah lgsg klu aku tak cantik sbb tu pemberian Tuhan.. watpe kte nk kutuk ape yang Allah S.W.T. bg kat kita kan.. sbb tu bila org ckp aku tak cantik, aku tak kisah walaupn hakikat yang sebenar jauh di lubuk hati ni agak terasa jgak la sedikit dgn kata2 org.. igtlah bahawa semua adalah ciptaan Tuhan..kita takde hak untuk mengata ciptaan Allah S.W.T..

Dec 15, 2012

it's me and my friend.
so sweet...time SAP wat program..GO GREEN, SAVE THE EARTH!!! hehehe'
mke letih kan..hehehe'
mmuah sayang korg.. <3
me

Dec 14, 2012

my happy!! :)

FINALLY!! dpt jgak aku on9 blog aku ni sjak sekian lmeny aku tak on9 blog ni.. wahhh skarg hidup aku dh makin hepy.. skarg aku dah cntinue my study kat universiti malaysia kelantan.. hurmm, nmpkny takde la hebat mne sgt kan.. tp skurang2ny niat aku tok smbg study aku dh dimakbulkan oleh Allah S.W.T.. bila aku dpt brita yg aku dpt smbg study aku kat u, mmg rse mcm nk ngis jgak la.. yela, sape yg tak hepy dpt smbg study kan..

so, ape yg [erlu korg wat skarg adalah........................................ doakan aku smoga aku graduate dgn jayanya!! aameen ...............................

Feb 8, 2012

result

rasany dah lama kan tak update blog nie..tak sempat la..aitu g langkawi ngan family..elok jew balik dr bercuti dpt lak brita yang atuk sakit kat hos..trus g hos lak n jaga atuk..lepas seminggu jaga atuk, atuk meninggal dunai kat hos tepat kul 5 pagi..aku lak pastu sibuk tlg kak ngah berniaga kat kedai mkn..yela kak ngah tu tgh sarat ngandung..so kne la tlg dia kan..
berkaitan dgn result STPM..............
dgr2 crite ada yang ckp result STPM aku kua pada 16, 21 or 23 nie..ermmm aku pn tak tahu tarikh yang sebenarnya..janji kua sudah la..ble2 pon bley sbb result tu ttap kua jgak kan..so tak kisah la kua awl or lmbt pn...
takut tu mmg la takut..tp mcm yg org slalu ckp la..kte dah brusaha kan..skarang masa tuk kte brdoa n tawakal jela..pape pn result yang kua nanti kne trima dgn hati yg trbuka n yg pntg skali kne redha..

Jan 28, 2012

kenangan

serius yg aku rndukan mmbe aku sorg nie...aku slalu mlawak dgn dy...kdang2 aku call dy n kdang2 dy akn call aku...ermmmmm agak2 ble lg la aku bley msra balik dgn mmbe aku nie mcm dulu kan...suma dah brubah skarang nie...dah tak mcm dulu lg...mybe dy takut yg aku jatuh hati dgn dy kot...maaf la kwn yg aku dah adew yg pnye la...dan tak mgkin la kot aku jatuh hati dgn kau...aku rndukn lawak jenaka kau n rndukan usikan kau yg slalu wat aku gelak n trsenyum...aku harap kita akn kmbali rapat mcm dulu2....